CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, July 29, 2011

family gathering @ key-el

assalamualaikum...
berkesempatan nk hapdet belog psl fam gath ni sbb alang2 berada di cheras yg service streamyx nya mmg gempak berbanding berukbeng yg sgt la lembab dari sipot..*hehehe..amk kesempatan nk upload gamba byk2..*

last wiken, sume ahli keluarga bersatu di kl..susa sbenanye nk gather 1 family ni, slalunye time raya je..heheheh..tu pon selang staun msti ade x ckup ahli..

oleh itu, kami pon mengadakan acara kite bakor~kite bakor...(sile bc ngn nada ucop ye..)..
mari menghayati gamba2 yg smpat snap..*wah!dh siap ade watermark lg skang..~*

dessert..cheese cake dlm mangkuk bertutup..yg ade stoberi tu ialah trifle dibuat saya..dan x ketinggalan musim durian dlm mangkuk!!!yummyness~

ikan bakor..ayam bakor..nasi lomak..yummyness again!!!

antara hero2 yg berkhidmat menghabiskan hidangan pada mlm itu:

diketuai oleh en. abah!!!!

penolong disandang oleh en. abg ipar!!!!

dibantu oleh si anak buah pertama!!! cekci siot~

dibantu lg oleh anak2 buah lg...*wah, amsyar bajet cm artis tamo diambil gamba paparazi!! heh. oh..afiq sgt cool.gudboi*

yg ahli perempuan pon x kurang hebatnye menghabeskan mknn mlm tu tp kerana mereka sume tidak berhijab so gamba tidak diberi kebenaran utk disiarkan..sekian.

eh2..blom abes lg enteprem gamba ni..

besame en.abah tershayang..

dan lagi

besame amsyar pule..

afiq yg sentiasa cool..ke innocent????heheeheh..

okeh..dh abes gmba yg telah dipilih utk memenangi gamba plg kewl tuk mlm itu..hahahhhaa..!

sekian dari tuan belog..


p/s: oohh ye..the nxt day plak i try2 wat apam pokodot..dan ini lah hasilnye~ ihik ihik~
(mode: gewdix nk show off)


ngade nk letak name bagai..khas tuk tatapan en.tunang yg sedang jeles kami ber'bbq..hehehe..ohh en.tunang, i dah reti wat apam pokodot..tp sedikit keras..cubaan pertama harap dimaafkan..teeheee...

k, till then..babai..
esok nk blk kb sebentar..so myb xde hapdet pape this few days..ahad or isnin akan kembali semula ke kolumpo..

nitey2!


Thursday, July 28, 2011

::buat tatapan bakal imamku::

untuk bakal imamku, bakal pemaisuri hatimu ini mungkin seorang yang degil, ganas, kasar, manja, mengada, dan sebagainya. bersabarlah. tabahlah.

Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang
Aku berharap

Jika nanti Allah mempertemukan kita

Kau akan selalu membimbingku

Agar aku menjadi wanita yang solehah

Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga

Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat

Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku

Jadilah ayah yang boleh mendidik anak kita

Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat

Iaitu anak yang soleh dan solehah

Yang boleh menjunjung tinggi Agama Allah

Andai engkau ditakdirkan untukku
Ku harap kau boleh menjadi imam buatku dan anakku

Kau boleh menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita

Kau boleh mencintai aku apa adanya

Dan boleh menyikapi kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan

Dan andai aku salah

Tegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan

Andai aku marah

Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu

Agar marahku boleh berubah menjadi kelembutan

Andai aku lupa

Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang

Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita

Kerana

Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku

Yang bisa selalu membawa aku ke jalan yang diredhaiNya

Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu.

Insya Allah. Amin Amin. hanya ini mintaku.
 
cited from .NazneenNajib. and Bella Dela Rosa.. thanx darla!!~
 
 

Wednesday, July 27, 2011

ada berita baiiiiiikkkkk punya!!!!!

bermula dari 25hb july - 07 august 2011, anys akan mengadakan Promosi tuk Product Catalyst Nuetraceutical ..anda akan mndpat diskaun 10% per item..Promosi ini hanya untuk pembeli biasa(bkn agent) ..cepat2 dapatkan product kami..jom jaga kesihatan & kecantikan kulit kite bsama !♥
(*copy n paste dari FB rakan baik selama2nya i, tuan kdai ANISHA CATALYST)
PROMOSI 10% DISKAUN !!! (25 JULY -07 AUGUST 2011 )
* VCO SOFTGEL
* VCO LIQUID
*COLLAGEN
*MINDSTAR
...*FIBRE DRINK
*MEXOREA
*FEMME VITA
* MEN VITA
*HAIR TREATMENT
*HAIR REVITALIZER
 for more information, do visit anis's facebook or her blogshop..
mari beli kawan2..utk kesihatan dan kecantikan bersama!!!!

Tuesday, July 26, 2011

isteri

this article was cited from this page. tq!

lets together gain a knowledge on how to be a good wifey in future..!~ (ini ialah article yg pjg..harap bc smpai abes n same2 berusaha utk menjadi wifey yg diberkati dan diredhai Allah swt..)
.
.
.
.

ISTERI

Asma' binti Kahariyah Fazari diriwayatkan telah berkata kepada puterinya dihari pernikahan anaknya itu:
"Hai anakku, kini engkau kan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenal dan berkawan pula dengan orang yang belum engkau kenali. Itulah suamimu."
Jadilah engkau tanah bagai suamimu (taati perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagimu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan pelbagai kesukaran karena itu akan memungkinkan ia meninggalkanmu.
Janganlah engkau terlampau menjauhinya, agar ia tidak melupaimu. Sekiranya dia menjauhimu, maka jauhilah dia dengan baik. Peliharalah suamimu itu dengan baik. Jagalah mata, hidung dan anggotanya yang lain.
Janganlah kiranya suamimu itu akan mencium sesuatu darimu melainkan yang harum. Jangan pula ia mendengar sesuatu darimu melainkan yang enak dan janganlah ia melihatkan melainkan yang indah sahaja pada dirimu.
Kalau wanita ingin menjadi isteri yang baik, dipihak lelaki juga berhasrat memiliki wanita yang begitu. Mereka (para suami ) ingin benar punya isteri yang menyambut kepulangan dari tempat kerja dengan wajah yang manis dan ceria, senyum menawan, pakaian yang bersih dan wangi dan rumahtangga pula berada dalam keadaan bersih kemas dan terurus. Bila mata sedap memandang, tenang dan damailah hati suami.
Bukan itu saja suami juga bercita-cita memiliki seorang isteri yang boleh menjadi penghibur dirinya, boleh berkongsi masalah dengannya, faham apa yang disenangi, tahu mengambil hati suaminya disamping boleh memberi layanan-layanan yang menyenangkan dan mengembirakan suami. Itulah wanita idaman setiap lelaki. Pendek kata bagaimana lelaki akan dilayani oleh bidadari di syurga kelak begitu jugalah keinginan lelaki berhajatkan layanan dari seorang isteri seorang bidadari rumahtangga. Oleh sebab itu dikatakan rumahtangga yang bahagia itu ialah syurga tentulah ada bidadarinya. Siapa lagi kalau bukan isteri yang solehah yang layak menyandang gelaran bidadari dunia.
Isteri yang solehah akan berusaha memberi wajah jernih pada rumahtangga. Kasih sayang yang lahir adalah hasil dari masing-masing hendak mencari keridhaan Allah, bukannya dorongan nafsu semata- mata. Masing-masing suami isteri meletakkan Allah dan akhirat yang lebih besar dan utama.
Isteri yang solehah tidak terasa hina menjadi pelayan suami, malah sebaliknya rasa bangga dan bahagia kalau boleh melakukan tugas-tugas itu dengan baik dan sempurna. Gembira kerana yakin dengan janji Allah sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Apabila seorang perempuan mencuci pakaian suaminya, maka Allah mencatat baginya seribu kebaikan dan mengampuni dua ribu kesalahan dosanya, bahkan segala sesuatu yang disinari oleh matahari memohon ampun baginya serta Allah mengangkat seribu darjat baginya."
"Wahai Fatimah, setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membina tujuh parit antara dirinya dengan api neraka. Jarak antara parit itu ialah sejauh bumi dangan langit."
"Wahai Fatimah, setiap wanita yang berair matanya ketika memotong bawang untuk menyediakan makanan keluarganya, Allah akan mencatat untuknya pemberian sebanyak yang diberi kepada mereka yang menangis kerana takutkan Allah."
Siapa yang tidak mau kemuliaan ini hanya dengan melakukan tugas yang ringan? Seorang isteri yang solehah akan sentiasa mencari-cari jalan untuk menyenangkan hati suami dan menutupi ruang-ruang untuk menyusahkan dan mencurigakan suami terhadap dirinya. Dia tidak akan membimbangkan suaminya terhadap dirinya. Maruah dirinya sebagai seorang isteri senantiasa dipelihara dan dijaga kerana itu juga yang menjadi syarat untuk dia mendapat keredhaan Allah dan keselamatan di akhirat nanti.Setiap rumahtangga yang dihuni oleh isteri yang solehah bererti rumahtangga itu telah memiliki perbendaharaan yang termahal di dunia dan di sisi Allah rumahtangga itu mendapat perhatianNya.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : " Seorang wanita yang solehah itu lebih baik daripada seribu orang lelaki yang tidak soleh dan seorang perempuan yang berkhidmat melayani suaminya selama seminggu maka ditutuplah daripadanya tujuh pintu neraka dan dibukakan lapang pintu syurga dan dia bebas masuk dari pintu mana yang disukainya tanpa hisab."
Isteri solehah biasanya menjadi milik lelaki yang soleh. Tetapi ada juga ketikanya isteri solehah bersuamikan lelaki yang toleh (jahat). Bolehkan kedamaian dan keamanan wujud dalam rumahtangga bilamana suami kufur dengan Allah dan buruk akhlak terhadap isterinya?. Isteri yang menghadapi persoalan begini boleh tertekan jiwanya. Ada yang tidak sabar dengan kerenah suami hingga tidak terfikir cara lain untuk menyelamatkan jalan hidup yang dipilihnya melainkan berpisah saja dari suami.
Dalam hal sebegini, si isteri perlu banyak bersabar dan selalu bermunajat pada Allah. Ingatlah mungkin kesusahan yang kita hadapi adalah ujian dari Allah s.w.t. Ada dua maksud Allah mendatangkan ujian yaitu pertamanya ujian itu didatangkan sebagai penghapusan dosa dan keduanya untuk peningkatan drajat disisi Allah.
Jadi jika kita boleh bersabar maka terhapuslah dosa-dosa yang lalu. Sebaliknya tidak mustahil juga itu merupakan peningkatan darjat dari Allah. Kalau tidak diuji, mungkin hati kita akan terpaut benar dengan suami, menyayangi suami lebih dari Allah. Jadi untuk melihat sama ada kita membesarkan suami atau membesarkan Allah maka Allah timpakan ujian itu. Kalau benar hati sayang dan takut pada Allah tentu isteri tidak teragak-agak untuk bertindak membesarkan dan menyayangi Allah daripada suaminya sendiri.
Ingatlah, sejahat-jahat suami kita, tidaklah dia lebih jahat daripada Firaun, sedangkan isteri Firaun, Siti Asiah boleh bersabar menghadapi kesombongan dan keangkuhan Firaun sehinggakan Siti Asiah disenaraikan oleh Allah termasuk di dalam barisan antara wanita-wanita solehah yang dijamin syurga.
Oleh itu kalau suami kita masih belum diberi petunjuk janganlah kita jemu untuk memujuk dan mentarbiah, berlaku baik dan paling penting mohon dan bermunajatlah kepada Allah agar Allah mengubah hatinya untuk tunduk pada perintahNya.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda : "Wanita yang taat akan suaminya semua burung-burung diudara, ikan- ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana ia (isteri) masih taat pada suaminya dan diredhai (serta menjaga sembahyang dan puasanya)."

.
.
.
.

insyaAllah, ill b a good (solehah) wifey to my future husband..

Friday, July 22, 2011

mimpi.

assalamualaikum kawan2..

lately ni byk lah benda2 pelik jd kt i..tp mimpi x pelik kn?sbb sume org pon bermimpi..antara logic ngn x logic je mimpi tu..tp mimpi i kali ni x logic yg amat..heh..i pon xtau nape la sedemikian rupa mimpi i..

mimpi ape kah??

~mari gelak dulu2. eh, gelak sekarang la..dulu2 tu lame sgt..kah-kah-kah-sambung balek gelak pasni----~

okeh..mimpinye, smlm si zahiril adzim tetibe msuk dlm mimpi i..si pelakon juvana ituuuuuu...dan juge tunang si gojes shera ayob..si pelakon karak ituuuuuu..

hahaha!!kcik saje gambarnye..cpt sket nk uplod kt belog ni..sbb khidmat berukbeng yg selow dr sipot..dh la kcik, kabur pule..

dh la mimpi si zahiril ni..lokasinye di umh nenek i plak tu..leh plak borak2 cm lame sgt2 kenal..hohoho..sgt x leh trime..tp mungkin juge kerana our wed date yg sama barangkali..sbb itula dia msuk dlm mimpi i..atau..disebabkan i mkn byk sgt cokolat Da'im b4 tdo gamaknye..kikikkki..(*sape2 yg x tgok cite juvana, daim adalah nama watak zahiril dlm cite tu..harap malu maklum).

kemudian, mimpi pule pada mummy..heh?sape plak?heeee..beliau ialah emak kepada rakan baik selama2nya i, si anis..si stokis VCO catalyst ituuuuuu..hohohoho..mimpi ni pon pelik gk..tetibe mimpi terserempak ngn mummy n fmly yg nk ke dinner mane ntah kt otel..vougeh de vas u mummy masa tuuuuuu..malatop~ teeheee..then mummy leh ajk i g butik member dia tuk sewa bj dinner tuk i..adeh..cane plak leh mimpi mummy vouge2 ni..so far, xde plak i kne attend mane2 dner ke, pati party2 sosial ke, attend laman sosial ade la..ari2 lak tu..hohooho..mungkin rindu padanya..perhaps..~ (*nis, if u bc belog i ni, kim slm kt mummy ye..jgn cite psl ni kt dia..kikikiki)

kah-kah-kah-kah-berdekah dekah....

baek la..mimpi seterusnya adalah berkisarkan ttg seorg jejaka padang pasir (ala2 la..ataupon oolala..~ kikikiki) dgn seorg gegadis padang jawa ehhh silap~pandang2 je boleh..hehehe..sebenarnye ini x msuk dlm mimpi i smlm pon..tp nk kabo ttg cerita kami ibarat mimpi..hehehhe..kami disini ialah jejaka shahriman dan gegadis wuwu.

we started to know each other, i mean get closer during 2 years back of ramadhan..2009..n x smpai sbulan je lg ramadhan 2011 bakal dtg..n those memories of ramadhan yg nan indah itu menjengah dibenak..ramadhan yg sgt2 bermakna eventho too many2 sad-hard-stressful-dejected-things hepen to me tp too many10x good things jgk yg i alami..betullah, disebalik ujian yg diberi, terselit seribu hikmah dariNya.. :)
kami menjadi akrab pada ramadhan 2009..keakraban kami akn lebih bertambah pada ramadhan 2011..kerana??he will be back for good this coming soon ramadhan!yeay lapanbelasjutakali!!!this is my only dream all this while..utk menunggu beliau pulang menetap ditanah air terchenta.besame keluarga terchenta.itula mimpi dlm mimpi yg bakal terlaksana..kawen?itu mimpi terindah..insyaAllah..

♥♥♥

oohh..ceriteracinta kami?later ill story mory kisah chenta-kawen kami menjelang hari raya halal kami nnt ye..~ nantikan..~ ^^V

Tuesday, July 19, 2011

pencuri!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! ohh~

selasa::19 julai 2011::7.50::pagi::pangsapuri permai, petaling jaya

bunyi-bunyian seperti kehadiran org di dapur mengganggu lenaku pg td..(blik terletak di sbelah dapur harap maklum..)..tros menatap jam di hp..7:50am..
hahhh!!!! time ni sume dh g keje!mane ade org lain..ade org pecah masuk umh????!!!!!!!
tros terbangun dan meluru secepat mungkin ke tngkp blik nk jengok adakah umh telah dipecah masok melalui gril dapur..! (dada berombak kencang kerana tersentap yg amat sgt!!!)

mmg sah bunyi dr dpur!!pintu dapur terbukak!!kemudian....


terdengar bunyi air di sinki dapur..seperti ade org sedang mencuci pinggan dan sebagainya..













ADOYAIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII.....

lupe lak yg mama I dtg kl ahad lepas..msti la beliau didapur ketika ini..~ lupe ke pelupe???

rasa cm nk belit diri sndri ngn comforter je..SYENGAL!!!! (sambil mengurut dada kerana terkejut yg amat sgt x ilang2 lg..)

**hehehhehe..rs nk gelak sambil terguling2 x??syengal kn I???tgh type post ni pon I sdg bergelak2..adeh..ni kerana penangan umh hampir2 nk kne pecah msuk umh awl bln aritu..kbtulan masa kejadian tu I berada dirumah dan terlihat kelibat org disebalik cermin tngkap blik yg menghubungkan dapur..kt tepi dapur tu ade gril yakni org luar leh nmpk..penjahatt berkenaan sedang berusaha nk umpil padlock gril..seb baek x sempat msuk sbb I jerit..kalo x, ntah ape2 dh jadi..adeh....

ya Allah, lindungi la kami dari kejahatan sekeliling..amin~

Friday, July 15, 2011

loceng misteri

*misteri bukan tajuk post kali ini? huuuuuuu... ini adalah cerita benar, tiada rekaan semata mata..dan post ini telah dikarang di waktu siang ari kerana jika dikarang pd malam ari, tentu penulisnya ( I la tu) menjadi cuak sepanjang malam.. huhuhuh..(penakoot betul..tp perasaan ini muncul setelah penulis mengalami sendiri keadaan misteri itu..)*

--harap maklum, post kali ini kebanyakan ayat akn menggunkan bahasa beku baku.. xtau nape..perasaan takut barangkali--

kisah loceng misteri ini telah disuarakan oleh kakak I..we stay 2gether s we r the only doter yg maseh single..oleh itu hnya dgn beliau sj I leh menumpang teduh, menumpang kaseh, menumpang makan minum temsuk menumpang duit..kikiikiki..

baek la, bck to our story..semenjak ketiadaan I di rumah kerana pulang ke kb, kakak I ni tinggal keseorangan..di rumah kami, ada sebuah loceng yg ditempatkn btul2 di tepi pintu supaya org yg dtg kerumah senang diketahui kedatangan mereka..dorg dtg tercongok dpn pntu umh, pndai2 la mereka menekan loceng berkenaan, memberi isyarat mereka suda smpai..

nk dijadikan cerita, semasa ketiadaan I for about a month cmtu..kak bie telah mengalami satu fenomena dimana, loceng umh berbunyi tetapi apabila dibuka pintu dn dijenguk, tiada sesiapa pon di situ..kanak-kanak atau org dewasa kurang waras sj nk main2 kah?bisik ati kecil kak bie yg smemangnya kecil..hikhikhik..

situasi berkenaan berlaku berulang kali..dan menurut kak bie, ia berlaku pd waktu yg lebih kurang sama..siang ari dlm pukul 12..dan malam pd pukul 10..aish..ade org nk main2 ke?? ke secret admire kak bie?? hehehhe..

setelah I pulang dr kb, kak bie telah menceritakan pd I tp I cm mls nk pk pape, oleh itu, demi nk menyedapkan ati kak bie, bahkan ati sndri, I ckp.."mungkin bdk2 sj nk main, x pnh tgok loceng kot, kt umh dorg xde la bnde tu gamaknye".."atau mungkin system loceng tu dh tingtong kot..tu yg berbunyi sndri"..kak bie pon nmpknye pasrah sj dgn reaksi I itu..seakan tidak mempercayainya..tsk tsk..

tp dlm ati..teringat pd sesuatu..umh kami dh la ujung..sebelah umh ialah umh tinggal..yakni..umh kosong..dimana tuan umhnya telah lama pergi menemuiNya..dan rmai penduduk disini esp kanak2 yg slalu bermain2 disekitar umh ckp yg umh tu berantu..ooOOooohhhhh...tp kami yg menetap disebelah hnya menganggap itu adalah omongan kosong kerana terpercaya masyarakat ni  xleh tgok tmpt yg kosong sket, msti caya tmpt tu berHant*...dh 4taun kot kami kt sini..slumber badak rhino dinasour je tp xde lak nk rs takut ke ape kn..tp umh tu mmg nmpk sooOOO spoOky..(* okeh..itu adalah reaksi mengelamun I...hehehe..)

so, spjg dk umh ni..memandangkan I pon sedang jd tokey ladang anggur yg maseh x berbuah2 ni..kojenye dk umh jela..jd suri hati rumah sepenuh masa dan ketika..dannnnnnnnnn...x disangka2..peristiwa misteri itu berulang kembali tp kali ini ketika I dk sorg2 kt umh..sbb kak bie keje..okeh..I think positve la..msti budak2 la ni gatal tgn nk tekan loceng..siang kot..mane ade Hant*..so xdela nk terkocoh2 bkak pntu..wat xtau je..tapi korg!!!!bkn satu ari je..tiap ari kot!..tp ade selang2 gk..pastu jd blk..wktu yg lebih kurang same..time mlm pon ade..waktu yg same jgk tp ms tu tgh enak menuntun tv besame kak bie..time loceng tu bebunyi, kami berdua tibe2 senyap dan x bergerak..masing2 kaget agknye..kak bie lak dgn beraninye g bkak pntu n seperti biase tiada siapa2 disitu..malah, tuk pengetahuan korg, sebelum dan selepas loceng berkenan berbunyi, lsung tidak kedengaran bunyi-bunyian menunjukkan kehadiran manusia disitu..malah bunyi gril akibat tgn mungkin terlanggar gril itu semasa nk tekan loceng pon xde..PELIK..

dan selepas itu..tiada lg kedengaran loceng berkenaan bebunyi lg..biarpon diwaktu I keseorangan dirumah..okeh..ade nada tenang disitu..

NAMUN....................................

smlm..selepas abes pung pang pung pang di dapur menjadi chef ketika kak bie sdg enak tidur..dlm kul 1-2.30 pagi..I telah menyiapkan dua hidangan iaitu nasi goreng tuk besahur sbb nk pose keesokan ari dan puding trifle tuk dessert bebuke pose maghrib nnt..hahahhaha...tnjuk skill masak di kala org tgh tdo..anda penah buat cmtu????......I slalu je buat..huuuuu...

okeh, nk dijadikan cite tuk belog I kali ni..dh penat2 didapur, dan setelah bersahur, maka I pon kembali menatap laptop melayari tenet tanpa arah tujuan..kul 3.30 pg waktu itu..

TIBA-TIBA.....

loceng berbunyi tiba-tiba!!!!!!!!!!!!! okeh.. i wat xtau je..tapiiii....x sampai semenet..loceng berbunyi lagi!!!!!!!!!!! maka I tersentap mak nak!!!! mane ade org nk dtg seawal kul 3.30 pg oi.. apa kono ni jang oiiiiiiiiiiiii...dua kali pulak tu berbunyi..sebelom ni bunyi skali jerrrrrrr... heh..darah dh tersirap seb baik x kuar air sirap...try kejutkan kak bie tp xde respon..pe lagi...tanpa off suis laptop dan tv..tp smpt off lmpu n kipas je, tros amk bantal n msuk blik kak bie..kak bie tbe2 tersedar..

"kak bie, nk tdo ngn kak bie boleh??? loceng tu bebunyi lagi..DUA KALI.."
kak bie cm mamai lg.."bile?skang kul brape dh?"
i jwb smbil btulkan posisi bntal, "br td. 3.30.."
kami tdo sambil mulut membaca ayat kursi dan surah-surah 3Qul..terasa ujung kaki kanan meremang bulu roma..apakah tandanya???
ntah kul brape I terlelap pon xtau la..zzzzZZZZZ~

adakah akan berulang lg esok?????

Monday, July 11, 2011

hoho!!!it's about felt crafting again!!

assalamualaikum...
heeee...jz wanna invite u guys to visit to my new 'kedai' at Nurul's Felt Craft!!!~
 
Anda dipelawa utk jalan2 cr ilham n if u are interested with my artwork, n feels like u wanna have one of 'em, do make an order first n insyaAllah, ill give my very best service to u customers. Dont forget to read our terms n condition before u submit ur order ye dear..~

**im jz a beginner in crafting, so x byk lg hasilnye..teeheee...insyaAllah, akan bertambah kelak dgn dorongan anda sume...~ ^^V

Sunday, July 3, 2011

let the pic do the talking